Sunday, December 26, 2010

HIBURAN DALAM ISLAM.


Hiburan merupakan kehendak fitrah naluri manusia yang inginkan untuk menghiburkan hati, namun sejauh mana peranan hiburan mendatangkan manfaat untuk taqarrub ( mendekatkan hati ) dengan Allah SWT.  Apabila tersalah memilih bentuk hiburan maka ia akan menjurus kepada maksiat. Mari kita sesama menyelami erti kata sebenar tentang hiburan ini.
Erti hiburan : -
     Dalam bahasa arab hiburan ialah  AL LAHW iaitu suatu perkara yang melekakan manusia daripada pelbagai gangguan, pemikiran dan masalah yang menganggu tidur ia juga ada hubung kait dengan permainan, berjenaka, bersembang malam, menyanyi dan sebagainya.
Hukum Hiburan : -
1-     Hiburan yang tidak member apa- apa kesan buruk atau baik.
Hukumnya makruh = berada di majlis yang penuh dengan gurauan dan perkara- perkara yang tidak mendatangkan faedah dan membuang masa.

2-     Hiburan yang mendatangkan kesan negative ( buruk ).
Hukumnya haram jika mendatangkan kesan yang buruk kepada individu dan masyarakat seperti hiburan yang mengabaikan solat lima waktu, bekerja dan sebagainya.

3-     Hiburan yang mendatangkan kesan yang positif ( baik ).
Hukumnya harus dan dibenarkan dalam islam. Mendatangkan kebaikan kepada individu dan masyrakat seperti permainan yang berfaedah, memanah dan sebagainya yang tidak bercanggah dengan hokum syarak. Hiburan yang diterima baik dan rasional pada manusia.


SYARAT-SYARAT SUKAN YANG DIBOLEHKAN DALAM ISLAM.

1-     Tidak meninggalkan solat 5 waktu, puasa dan sebagainya perkara yang diwajibkan atas setiap muslim.
2-     Tidak meninggalkan kewajipan utama seperti mencari rezeki, belajar dan sebagainya.
3-     Tidak dicampuri dengan perkara yang diharamkan seperti perjudian dan pertaruhan.
4-     Tidak ada unsur - unsur penipuan.

     Sesama kita fikirkan dan ambil manfaat daripada petikan ini sebagai panduan semasa untuk diri sendiri, masyarakat dan sebagainya..

Saturday, December 25, 2010

ADAB PEMAKAIAN MENUTUP AURAT BAGI LELAKI DAN WANITA.



ADAB PEMAKAIAN MENUTUP AURAT BAGI LELAKI : -

1 - Tidak terlalu nipis dan ketat sehingga menampak bentuk aurat.

2- Menutup aurat bagi lelaki dari pusat hingga lutut.

3- Pakaian tidak menyerupai wanita.


 Aurat lelaki dengan individu bukan islam sama seperti aurat lelaki dengan wanita yang bukan mahramnya ( yang diharamkan bernikah ) juga sebab tidak mahu timbul fitnah dalam hal agama islam dikalangan bukan beragama islam.




ADAB PEMAKAIAN MENUTUP AURAT WANITA : -


1- Menampakan muka sahaja.


2- Melabuhkan tudung menutupi dada.


3- Menutupi hingga pergelangan tangan.


4- Pakaian tebal, longgar dan tidak menyerupai seperti lelaki.


5- Memakai stokin.


Aurat wanita seluruh anggota selain daripada muka dan tapak tangan. Jika timbul fitnah seperti terlalu cantik wajahnya sehingga menimbulkan bermacam - macam fitnah maka sebaiknya wanita itu memakai hijab / burqa dan sebagainya. Aurat wanita islam dengan wanita bukan islam sama aurat seperti lelaki yang bukan mahramnya (diharamkan bernikah denganya ) kerana tidak mahu timbul fitnah dalam hal agama islam dikalangan bukan beragama islam.


Aurat merupakan perkara yang wajib dalam islam kerana tanpa menutupi aurat seolah - olah kita telah mencalarkan nama baik agama islam dalam diam - diam kita menghina agama islam. Jika tidak tutup aurat maka ibadah pun tidak sah seperti solat 5 waktu.


Lelaki dan wanita yang menutupi aurat maka jodohnya dikategorikan insan-insan yang terbaik dan dikalangan insan yang boleh membimbing kearah kebaikan dunia dan akhirat.

Dunia akhir zaman ini, bermacam-macam fesyen dikeluarkan dipasaran yang bercanggah dengan agama islam dan menjadi satu trend di ikuti, ada yang mahu popular tidak sedar bahawa dia itu agama islam. dimata manusia sehingga memakai pakaian yang dia sendiri tidak sedar dia gama islam. Manusia yang tidak menutup aurat maka seksaan akhirat menanti anda dengan berbagai seksaan menanti.


MUHASABAH DIRI KITA SEBELUM MUHASABAH ORANG LAIN.

TEPUK DADA TANYA IMAN.



Sekian terima kasih.


Wallahu aklam..

Wednesday, December 1, 2010

FARDHU SYAHADAH DALAM ISLAM.

 Allah swt yang Maha Esa


Tiada nilainya segala bentuk kemewahan dan kesenangan di duniawi ini tanpa tunduk atau patuh dalam mengabdikan diri terhadap Allah swt. dan Rasulullah saw. syahadah membawa makna penyaksian atau pengakuan individu terhadap sesuatu. Apabila individu tersebut mengucapkanya beerti telah mengakui dengan lidahnya mengenai sesuatu perkara.


Inilah Syahadatain ( dua kalimah syahadah ) : -
Maksudnya : -

" Aku naik saksi bahawa tiada tuhan di sembah melainkan Allah swt. Dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad saw. itu pesuruh Allah swt".

Lafaz syahadah hendaklah dilafaz sekali gus tanpa ada putus - putus bacaanya. Jika berlaku sebaliknya maka terbatalnya lafaz tersebut serta membawa kepada tidak sah pada syahadatain 
( dua kalimah syahadah ).


Tuntutan syahadah iaitu :- 

1- Dibuktikan dengan menunaikan rukun islam yang lima.
2- Menurut segala perintah Allah swt. dan meninggalkan segala laranganya.


Fardhu syahadah terbahagi kepada 2 perkara : -


1- Di ikrar dengan lidah secara soreh ( jelas ).
2- Ditasdiqkan ( diterima ) dengan hati yang ikhlas.



Ikrar dengan lidah pengakuan dengan hati maka hanya allah swt yang mengetahui apa yang tersirat di hati disebalik pengakuan tersebut. Ini beerti apabila seseorang itu telah mengucap dua kalimah syahadah dengan ikrar dengan lidah dan terima dengan hati ikhlas maka individu itu telah dianggap sebagai muslim. Setelah telah lengkap dua kalimah syahadah maka individu tersebut hendaklah mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan segala laranganya. Jika sengaja meninggalaknya maka tidak sah dua kalimah syahadahnya.


Syarat sah syahadah terbahagia pula kepada 4 bahagian : -


1- Diketahui.
2- Diikrar dengan lidah.
3- Ditasdiqkan dengan hati
4- Diamalkan dengan anggota.( melakukan suruhanya dan meninggalkan segala laranganya).


PERKARA YANG MENYEBABKAN TERBATALNYA SYAHADAH INDIVIDU TERSEBUT


1- Sujud / tunduk kepada berhala secara rela bukan paksaan.
2- Menghina atau memperkecilkan sesuatu yang dimuliakan dalam agama islam seperti nama Allah swt, Al Quran, Hadis Nabi, Hukum hakam syarak, Rasul - rasul, Segala perintah dan larangan Allah swt. 
3- Mengucapkan sesuatu yang mengkafirkan sehingga masyarakat sekeliling menyangka dia telah kafir atau terang terangan mengatakan dirinya telah kafir.
4- Perbuatan yang menyebabkan boleh terkeluar dari agama islam seperti menghalalkan yang haram dan sebaliknya.


Jika terbatalnya syahadah individu tersebut maka dia dianggap murtad yang mana terkeluar dari agama islam serta murtad ini amat bahaya sebab secara khofi ( tersembunyi ) tanpa diketahui oleh kita. Apabila murtad individu tersebut boleh mendatangkan bahaya diri sendiri dan masyarakat sekeliling serta mendatangkan bahaya kepada agama dan negara.


Firman Allah swt dalam surah Al Baqarah ayat 217 : -

Maksudnya : -

" Sesiapa yang murtad antara kamu daripada agamanya ( agama islam ) kemudian mati dala kekafiran itu maka gugurlah segala amalan mereka di dunia dan akhirat. Mereka akan menjadi penghuni neraka selama - lamanya".


MAKNA MURTAD : -


Dari segi bahasa : Menolak atau berpaling.
Dari segi Istilah   : Orang yang meninggalkan hukum islam dan segala ajaran yang terkandung dalam islam dan mereka menghalal sesuatu yang diharamkan oleh Allah swt.

Hukuman kepada murtad : -

Mereka boleh dikenakan hukuman bunuh jika enggan bertaubat kepada Allah swt. Hasil sembelihan orang murtad tidak halal untuk dimakan.




Huraian tajuk : -

Setelah kita membaca dengan sefahamnya maka kita perlu muhasabah diri sendiri supaya dapat elakan diri daripada golongan manusia yang akan dihadapkan di mahkamah ilahiyah ( ketuhanan ) nanti tidak tercalar dengan perbuatan keburukan duniawi kita. Kita perlu insaf jika kita pernah menghalalkan yang haram seperti boleh melacur diri jika dalam keadaan darurat, menghina Rasulallah saw serta keluarganya seperti zaman nabi tidak ada pisau cukur untuk cukur janggut, mempersendakan hukum Allah swt. seperti hukuman hudud, menghina para alim ulamak dengan kata-kata yang tidak elok dan sebagainya sedangkan yang tidak iktiraf ulamak sebab individu yang caci ulamak itu dalam keadaan dirinya jahil dan duniawi dan ukhrawi.



Kadang - kadang kita mengeluarkan kata - kata yang bukan dari nilai - nilai agama islam sedangkan ia tidak sedar yang keluar dari kata-katanya adalah hasil dari dorongan nafsu dan hasutan syaitan.
Dalam kemelut akhir zaman ini, manusia kebanyakanya tidak mendalami ilmu fardhu ain dan fardhu kifayat. Keseimbangan antara duniawi dan ukhrawi tidak sekata dalam pada itu pula berkata tanpa berpandukan kepada akal dan fikiran serta adab dalam islam boleh membawa kepada jahil murakkab serta murtad yang secara terangan dan tersembunyi.


Ingatlah azab orang - orang yang melakukan jenayah di sisi Allah swt akan menerima seksaan dan azab yang amat pedih.


Sekian terima kasih..


Wallahu aklam.













KEISTIMEWAAN AGAMA ISLAM

Alhamdulillah kita di lahirkan dalam agama islam
dan terpilih untuk mati dalam agama islam.
     
Keistimewaan agama islam : -
 
1- Memperbaiki kepercayaan dan memperkuatkan keyakinan atau aqidah kepada zat Allah swt.

2- Menghapuskan Kepercayaan kepada yang selain daripada Allah swt.

3- Mengatur cara beribadah Kepada Allah swt.

4- Mengatur cara perhubungan kehidupan manusia.

5- Mengatur hukum hakam keseksaan / jinayat yang sesuai dengan manusia dan sepanjang zaman kesesuaianya.

6- Mengatur hukum hakam keadilan dalam kekeluargaan dan menjaga keturunan.

7- Mempertingkatkan dan mempertinggikan akhlak manusia kearah sifar mahmudah.

8- Mengatur hukum hakam yang berhubungkait dengan kebendaan.


Kita sebagai manusia yang diberikan akal untuk berfikir dan pancaindera yang baik semestinya mengunakan anugerah Allah swt. untuk mengunakan sebaik mungkin untuk mempertingkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada yang Maha Esa.


Sesama kita renungkan dan fikirkan sejenak sebagai tatapan rohani demi kebahgiaan di dunia dan akhirat.


Sekian ....Wallahu Aklam
 

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger