Tuesday, January 11, 2011

PANDANGAN ORANG BERIMAN TERHADAP KEMATIAN.

Oleh : Harun Yahaya.

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu, sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya ia telah Berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya" (Surah Ali 'Imran, 185)


Kematian akan datang kepada setiap manusia yang ada di dunia pada waktu yang telah ditetapkan sesuai dengan firman-Nya yang bermaksud, "Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)". (Surah al-'Ankabut: 57)

Harta, status, kekayaan, kemasyhuran dan kemegahan yang manusia miliki tidak ada yang dapat mencegah kematian. Kematian adalah hukum Allah; tiada siapa pun yang dapat lari dari kenyataan mutlak dan tidak dapat dielakkan ini. Sepertimana dalam ayat, "Di mana jua kamu berada, maut pasti akan menjemput kamu (bila sampai ajal) sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh…" (Surah an-Nisa': 78) yang mengingatkan kita tiada sesiapa pun yang berjaya melepaskan diri daripada kematian.

Kebenaran ini adalah perkara yang orang beriman perlu mendapatkan pemahaman yang mendalam. Sekali mereka mengerti tentang pastinya dan dekatnya kematian, mereka perlu mempersiapkan diri untuk kehidupan selepas mati. Mereka yang takut pada ambang maut sebelum sempat menyempurnakan tuntutan Allah sebagai hamba-Nya dan mendapatkan keredhaan-Nya, akan menganut agama Aallah dengan penuh keikhlasan dan keghairahan. Menyedari akan kematian yang akan menjemput pada bila-bila masa membuatkan mereka tidak membuang masa dalam mendekatkan diri kepada Allah dan mendapatkan keredhaan-Nya. Berikut adalah doa orang beriman seperti yang terkandung di dalam al-Quran:

... Wahai Tuhan yang menguasai langit dan bumi, Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh. (Surah Yusuf: 101)

Orang yang beriman, menerima kematian dengan penuh penyerahan kerana ia adalah hukum Allah. Selain itu, mereka menganggap kematian sebagai gerbang untuk mendapatkan syurga. Pada masa yang sama, mereka tidak pernah lupa bahawa mereka mesti berusaha untuk mengelakkan hukuman neraka dan mendapatkan keredhaan Allah. Orang beriman tidak pernah berhenti daripada berasa takut  dan harap sehingga mereka menemui ajal. Mereka mengharapkan syurga kerana yakin dan mereka juga takut akan neraka kerana merasakan diri mereka tidak pernah sempurna.

Dahsyatnya rasa sakit dan azab di neraka tidak dapat dibandingkan dengan kesakitan di dunia. Seksaan api neraka juga pelbagai. Penghuni neraka sentiasa berteriak minta diselamatkan daripada api neraka, berdesakan di dalam tempat yang sempit, tangan terikat ke leher dan meronta-ronta kesakitan. Mereka dicambuk dengan cambuk besi. Kelaparan dan kehausan mereka tidak tertahankan dan kesakitan mereka tidak akan pernah reda. Keadaan yang dahsyat ini diburukkan lagi dengan penyesalan yang mendalam, rasa putus asa dan keterdesakan. Mereka berharap untuk lenyap buat selama-lamanya tetapi sia-sia sahaja. Mereka ini disebutkan seperti berikut:

Rasalah bakarannya; kemudian sama ada kamu bersabar (menderita azabnya) atau tidak bersabar, sama sahaja (tidak ada faedahnya kepada kamu, kerana kamu tidak dibalas melainkan dengan apa yang telah kamu kerjakan. (Surah at-Tur: 16)



Orang yang beriman  sentiasa merenungkan seksaan neraka seperti yang digambarkan di dalam al-Quran dan kembali kepada Allah. Seorang yang mempunyai kesempurnaan iman juga sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa dia boleh, pada bila-bila masa, berada di ambang maut dan terus ke alam akhirat. Keputusannya, tingkah laku, sikap dan cara dia bercakap menggambarkan kecekalannya untuk melayakkannya ke syurga dan terhindar dari api neraka kerana tidak ada seorang pun di dunia yang terlepas daripada balasan Allah.

Sedar akan “neraca keadilan” (Surah al-Anbiya': 47) akan diadakan pada Hari Pengadilan, dia tidak mahu terlepas sebesar zarah pun kebaikan. Allah memberi amaran kepada manusia tentang perkara ini sebagai berikut:

Pada hari itu, manusia akan berbondong-bondong keluar (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka balasan amalan mereka. Maka sesiapa yang berbuat kebaikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalannya). Dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nesacaya akan dilihatnya (dalam surat amalannya)! (Surah az-Zalzalah: 6-8)

Begitu juga jika dia benar-benar menahan diri daripada melakukan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan kemurkaan Allah, kerana setiap tindakan yang dilakukannya akan mendekatkan dirinya sama ada ke syurga atau ke neraka. Tidak ada tempat selain kedua-dua tempat ini.

Orang beriman yang tahu akan hakikat ini terus merasa “takut dan harap” sepanjang hidup mereka. Mereka tidak pernah lupa pada keadaan orang yang menanti untuk dibawa ke syurga atau neraka pada Hari Pengadilan nanti.

Bagaimana agaknya kelakuan seseorang yang berada di persimpangan syurga dan neraka pada ketika ini dan menyedari bahawa kehidupan yag abadi akan bermula dengan sungguh-sunguh selepas diadili?

 Berada tepat di ambang neraka, adakah dia berani menunjukkan sikap yang tidak menyenangkan, yang terus akan diambil kira?

Tentu tidak! Sebaliknya, sesiapa pun dalam keadaan yang mengerikan ini akan membuat apa saja untuk mendapatkan syurga dan akan mengeluarkan kebijaksanaannya dan nuraninya untuk menunjukkan kelakuan yang sangat menyenangkan Allah. Bahkan seorang yang tidak pernah bersungguh-sungguh dalam hidupnya pun dan merasakan Hari Pengadilan jauh dari hidupnya, akan merasa sangat panik dan berusaha untuk memperbetulkan kesalahannya. Akan tetapi, pada hari itu, tiada masa yang diberikan untuk menebus kembali kesalahannya. Waktu yang diberikan berakhir dengan kematian dan hasil catatan diputuskan. Sejak saat itu, tidak ada sesiapa yang dibalas melainkan bagi apa yang telah dilakukannya.



Orang yang mempunyai kesempurnaan iman, memiliki keyakinan yang teguh pada hari akhirat, syurga dan neraka dan membiarkan fikiran sibuk mengingati mati, dikira sebagai usaha yang tidak pernah putus. Demi mengelakkan ketakutan dan penyesalan  di hari Akhirat, mereka menganggap diri mereka sedang menanti keputusan Allah pada Hari Pengadilan pada setiap detik kehidupan mereka. Mereka menyediakan diri untuk kehidupan selepas mati dengan nurani yang bersih dan iman, dengan berkelakuan seperti mereka yang pernah melihat dengan mata sendiri keindahan syurga dan kedahsyatan azab neraka dan kembali ke dunia. Oleh itu,  dalam setiap keadaan, mereka berusaha menunjukkan sikap yang terbaik, kerana mereka tahu setiap kejahatan dan kebodohan akan meletakkan mereka dalam penyesalan yang tiada penawarnya.

Kesimpulannya, lafaz keyakinan mereka yang beriman memastikan mereka komited mendekatkan diri kepada Allah dan berdiri kerana takut kepada-Nya. Dalam ayat, "Maka bertakwalah kamu kepada Allah mengikut kesanggupanmu…" (Surah at-Taghabun: 16) dijelaskan, orang beriman takut akan Allah lebih daripada segalanya dan sangat mengharapkan balasan syurga.

May 16, 2010

3 ulasan:

Putry Amouy said...

JOIN NOW !!!
Dan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
BURUAN DAFTAR!
dewa-lotto.name
dewa-lotto.com

Anonymous said...

MMORPG OYUNLAR
İnstagram takipci satin al
TİKTOK JETON HİLESİ
Tiktok jeton hilesi
Sac ekimi antalya
instagram takipçi satin al
İnstagram Takipçi Satın Al
metin2 pvp serverlar
TAKİPÇİ

Keifer said...

Saya ingin berbagi di sini tentang bagaimana Tuan Pedro memberi saya pinjaman sebesar £820.000,00 untuk memperluas bisnis saya dengan tingkat pengembalian tahunan 2%. Saya sangat bersyukur dan saya pikir saya harus membagikannya di sini. Berikut alamat emailnya: pedroloanss@gmail.com / WhatsApp +393510140339 jika ada di sini yang mencari suku bunga pinjaman yang terjangkau.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger