Tuesday, November 30, 2010

10 KELEBIHAN KEPADA YANG MENGAMBIL COCA - COLA .


ARTIKEL INI SAYA COPY + PASTEKAN  AMBIL DARI RAKAN - RAKAN DALAM FACEBOOK UNTUK PANDUAN SERTA KITA DAPAT FIKIR - FIKIRKAN KEBENARAN DAN KESAHEHANYA : -

 "Setiap hari selasa ngan rabu aku mesti minum air coke nie lepas training rugbi. Memang sedap air nie. Sedap giler! korunk pun mesti ade yg suke air nie. Sama ada korunk tau atau x, sebenarnya air coke nie ade 10 'kebaikan' yg x disangka-sangka. Aku dpt bende nie dari emel yg member aku bagi. Ape lagi!!
" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.
 Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :
 1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
 2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
 3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
 4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
 5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
 7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!
 8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat. 
9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!
10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah
Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi
Disampaikan oleh seorang sahabat.....Assalamualaikum kengkawan... last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat. mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dianak carik jalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di  dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men &  women. menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama  keturunan, diorg tak nak le mandul! kalau korang pernah terima  forwarded email pasal bertapa  cidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cucitoilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late. so kalau minum banyak & atthat time baru lekat  zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies.

Saya copy dari artikel kawan2 untuk panduan semua pembaca..SEKIAN TERIMA KASIH.

Monday, November 29, 2010

DAULAT TUANKU......KDYMM TUANKU SULTAN ABDUL HALIM MUAZZAM SHAHM IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH.

KDYMM TUANKU SULTAN ABDUL HALIM MUAZZAM SHAHM IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH & SULTANAH BAHIYAH


SEMOGA ALLAH SWT. MENCUCURI RAHMAT DAN NIKMAT KE ATAS KDYMM TUANKU SULTAN ABDUL HALIM MUAZZAM SHAHM IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH & SULTANAH BAHIYAH

Sunday, November 28, 2010

MENGENAL MUNAFIQ

MAKNA MUNAFIQ :-
Dari segi bahasa :  " Orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar"
Dari segi syarak :  " Seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikan dalam hati "
 
Kebiasaan orang yang munafiq dinamakan orang bersifat talam dua muka dengan cara kepura-puraan mengikut ajaran islam akan tetapi hati tidak terima sepenuhnya islam dengan keyakinan penuh."

TANDA MENJADI MUNAFIQ :-

1- Iman tidak tetap dan tidak teguh = seperti lalang serta imanya sentiasa berubah-ubah mengikut persekitaran.
2- Tindak tanduk sentiasa berubah = Pelakon atau aktress hebat ketika bersama orang yang melakukan perkara kebaikan sb orang nampak akan tetapi belakang orang lain tidak seperti dikatakan.
 3- Kata-kata tidak tetap = Sentiasa merubah pendirianya apabila bersama org mukmin dia memuji islam dan apabila sebaliknya senyap-senyap dia menghina islam.
4- Sentiasa mengharapkan kebaikan dan balasan = Melakukan sesuatu atas sebab habuan seperti kewangan dan pangkat untuk diri sendiri.
5- Jiwanya tidak tenteram = Sentiasa berada dalam kegelisahan dan keresahan dan sering melakukan mengikut kehendak hatinya.
6- Menjadikan habuan keduniaan sebagai matlamat hidup = Terlalu cintakan dunia dan anggap sebagai keduniaan sahaja tanpa imbangkan akhirat.


 Sesetengahnya menjadi pemimpin yang mana menyerlahkan kepimpinanya dengan bercirikan 6 perkara di atas tanda munafiq,bukan menyerlahkan kebaikan tetapi tersirat dengan wujudnya musibah dan bala yang turun tanpa kita sedari.  maka kita sebagai orang islam perlu memikirkan dan muhasabah diri kita untuk melantik orang memimpin kita dan masyrakat.

"  BAYANGKANLAH BERTAPA HINANYA JIKA TERGOLONG DALAM GOLONGAN MUNAFIQ YANG MANA SEKELILINGNYA DIPENUHI DENGAN KEPURA-PURAAN SERTA AKAN TERIMA BALASAN DI AKHIRAT KELAK AMATLAH BERAT SEKALI "

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya : 

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar." 

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah." 

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Saturday, November 27, 2010

ADAB KITA DENGAN SAHABAT..

Bagaimana menjaga adab kita apabila berhadapan dengan sahabat-sahabat kita. Cuba baca dan amati dengan pandangan mata hati seperti yang tertera beberapa di bawah ini : --

1. Memulakan memberi salam apabila bertemu


2. Memanggil sahabat dengan panggilan yang baik.


3. Mengasihi sahabat seperti mengasihi diri sendiri.


4. Menawarkan pertolongan dan bantuan.


5. Mendengar masalah dan membantu menyelesaikannya.


6. Bergembira dengan kegembiraan sahabat, bersedih dengan kesedihan sahabat.


7. Menasihati dengan halus dan berhikmah.


8. Memaafkan kesalahan dan kesilapan.


9. Menjauhi daripada bertengkar atau bertelagah.


10. Memuji apabila mengetahui kebaikan sahabat.


11. Menyampaikan pujian dan menutup celaan orang terhadap sahabat.


12. Berterima kasih atas pertolongan & kebaikan yang dilakukan.


13. Menutup segala keaiban sahabat.


14. Menegah orang lain mengumpat atau mencela sahabat.


15. Sentiasa mendoakan kebaikan sahabat.

Semua panduan ini akan menambahkan lagi silaturrahim antara sesama kita sebab Agama Islam mengalakan hubungan silaturrahim kerana Allah swt.

SIFAT MAHMUDAH ( sifat terpuji )


1) Taubat :-
Firman Allah swt:-  “Dan bertaubatlah kamu kepada Allah swt wahai sekelian orang mukminin, semoga kamu akan mendapat kemenangan”.
                                                          (Surah an-Nur: 31)

Keazam untuk meninggalkan segala perbuatan yang dilarang oleh Allah swt melalui dosa besar dan niat (qasad) tidak sekali-kali mengulanginya lagi. Hamba yang menderhakai Allah swt dan berdosa, jika dia bertaubat dan memperbanyakan lagi amalan soleh, nescaya akan diterima segala taubatnya.

2) Takut kepada Allah swt:-

Firman Allah swt:-   “Sesungguhnya orang paling takut kepada Allah swt. ialah hamba-hambanya orang yang berilmu (ulama’)”.
                                                       ( Surah al-Fatir : 28)

Jika takut kepada Allah swt. maka akan membantu seseorang menambahkan lagi amalan soleh serta meninggalkan segala perbuatan yang menyebabkan Allah swt memurkai seorang muslim. Maka sedikit sebanyak akan menjana kita kearah sifat yang terpuji (mahmudah)

3) Tawakkal:-
Firman Allah swt. :-  “Apabila kamu berazam(ingin mengerjakan sesuatu yang baik). Maka bertawakkalah kepada Allah swt”.
                                                             ( surah Ali ‘Imran: 159)
Tawakkal meletakan pergantungan diri hanya kepada Allah swt. setelah ada keazaman maka tindakan seterusnya usaha yang penuh istiqamah (jati diri) selepas berusaha maka tawakkal (serah diri) kepada Allah swt.

4) Redha dengan Qadak Allah swt : -
Segala baik dan buruk yang dating dari Allah swt hendaklah diterima dengan lapang dada dengan tiada penyesalan serta keluhan terhadap apa jua ketentuan (qadak) dari Allah swt untuk menguji hambanya supaya mendidik jasmani dan rohani maka lambat laun sifat mahmudah akan terbentuk dalam diri kita.
Firman Allah swt :-  “ Allah swt telah redha akan mereka, dan mereka akan redha dengan Allah swt, iaitu sifat orang yang takut akan Tuhanya (Allah swt)
                                                             ( Surah al-Bayyinah : 8)


5) Sabar :-
   Firman Allah swt : -  “Dan Kami (Allah) akan memberikan balasan kepada orang yang bersabar itu pahala menurut apa yang telah mereka kerjakan (lakukan)dengan sebaik-baiknya
                                                                   (Surah an-Nahl : 96)
Sabar memang sukar untuk dipraktikan melainkan bagi mereka yang mempunyai iman yang kuat dan tabah menghadapi segala keadaan (ujian dari Allah swt.)
Sabar juga dapat menjauhkan diri kita dari sifat yang tercela seperti sombong, mengumpat, bercakap perkataan sia-sia. Sabar dalam menghadapi kecelakaan dan musibah yang menimpa keatas seseorang seperti penyakit, kemarau dan miskin dan sebagainya.

6) syukur :-
Firman Allah swt :-  “ Maka ingatlah Aku(Allah), nescaya Aku(Allah) akan mengingatinya, dan syukurilah nikmat-Ku dan jangan sekali-kali kamu kufur.   
                                                             (Surah al-Baqarah: 152)
Bersyukur adalah sentiasa melaksanakan segala suruhanya dan meninggalkan segala larangan Allah swt. Kita patubersyukur atas segala nikmat kesihatan, rezeki, kemudahan hidup dan kurniaan pancaindera yang baik.

“SEMOGA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT”

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger