1) Taubat :-
Firman Allah swt:- “Dan bertaubatlah kamu kepada Allah swt wahai sekelian orang mukminin, semoga kamu akan mendapat kemenangan”.
(Surah an-Nur: 31)
Keazam untuk meninggalkan segala perbuatan yang dilarang oleh Allah swt melalui dosa besar dan niat (qasad) tidak sekali-kali mengulanginya lagi. Hamba yang menderhakai Allah swt dan berdosa, jika dia bertaubat dan memperbanyakan lagi amalan soleh, nescaya akan diterima segala taubatnya.
2) Takut kepada Allah swt:-
Firman Allah swt:- “Sesungguhnya orang paling takut kepada Allah swt. ialah hamba-hambanya orang yang berilmu (ulama’)”.
( Surah al-Fatir : 28)
Jika takut kepada Allah swt. maka akan membantu seseorang menambahkan lagi amalan soleh serta meninggalkan segala perbuatan yang menyebabkan Allah swt memurkai seorang muslim. Maka sedikit sebanyak akan menjana kita kearah sifat yang terpuji (mahmudah)
3) Tawakkal:-
Firman Allah swt. :- “Apabila kamu berazam(ingin mengerjakan sesuatu yang baik). Maka bertawakkalah kepada Allah swt”.
( surah Ali ‘Imran: 159)
Tawakkal meletakan pergantungan diri hanya kepada Allah swt. setelah ada keazaman maka tindakan seterusnya usaha yang penuh istiqamah (jati diri) selepas berusaha maka tawakkal (serah diri) kepada Allah swt.
4) Redha dengan Qadak Allah swt : -
Segala baik dan buruk yang dating dari Allah swt hendaklah diterima dengan lapang dada dengan tiada penyesalan serta keluhan terhadap apa jua ketentuan (qadak) dari Allah swt untuk menguji hambanya supaya mendidik jasmani dan rohani maka lambat laun sifat mahmudah akan terbentuk dalam diri kita.
Firman Allah swt :- “ Allah swt telah redha akan mereka, dan mereka akan redha dengan Allah swt, iaitu sifat orang yang takut akan Tuhanya (Allah swt)
( Surah al-Bayyinah : 8)
5) Sabar :-
Firman Allah swt : - “Dan Kami (Allah) akan memberikan balasan kepada orang yang bersabar itu pahala menurut apa yang telah mereka kerjakan (lakukan)dengan sebaik-baiknya
(Surah an-Nahl : 96)
Sabar memang sukar untuk dipraktikan melainkan bagi mereka yang mempunyai iman yang kuat dan tabah menghadapi segala keadaan (ujian dari Allah swt.)
Sabar juga dapat menjauhkan diri kita dari sifat yang tercela seperti sombong, mengumpat, bercakap perkataan sia-sia. Sabar dalam menghadapi kecelakaan dan musibah yang menimpa keatas seseorang seperti penyakit, kemarau dan miskin dan sebagainya.
6) syukur :-
Firman Allah swt :- “ Maka ingatlah Aku(Allah), nescaya Aku(Allah) akan mengingatinya, dan syukurilah nikmat-Ku dan jangan sekali-kali kamu kufur.
(Surah al-Baqarah: 152)
Bersyukur adalah sentiasa melaksanakan segala suruhanya dan meninggalkan segala larangan Allah swt. Kita patubersyukur atas segala nikmat kesihatan, rezeki, kemudahan hidup dan kurniaan pancaindera yang baik.
“SEMOGA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT”
0 ulasan:
Post a Comment