Sunday, November 28, 2010

MENGENAL MUNAFIQ

MAKNA MUNAFIQ :-
Dari segi bahasa :  " Orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar"
Dari segi syarak :  " Seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikan dalam hati "
 
Kebiasaan orang yang munafiq dinamakan orang bersifat talam dua muka dengan cara kepura-puraan mengikut ajaran islam akan tetapi hati tidak terima sepenuhnya islam dengan keyakinan penuh."

TANDA MENJADI MUNAFIQ :-

1- Iman tidak tetap dan tidak teguh = seperti lalang serta imanya sentiasa berubah-ubah mengikut persekitaran.
2- Tindak tanduk sentiasa berubah = Pelakon atau aktress hebat ketika bersama orang yang melakukan perkara kebaikan sb orang nampak akan tetapi belakang orang lain tidak seperti dikatakan.
 3- Kata-kata tidak tetap = Sentiasa merubah pendirianya apabila bersama org mukmin dia memuji islam dan apabila sebaliknya senyap-senyap dia menghina islam.
4- Sentiasa mengharapkan kebaikan dan balasan = Melakukan sesuatu atas sebab habuan seperti kewangan dan pangkat untuk diri sendiri.
5- Jiwanya tidak tenteram = Sentiasa berada dalam kegelisahan dan keresahan dan sering melakukan mengikut kehendak hatinya.
6- Menjadikan habuan keduniaan sebagai matlamat hidup = Terlalu cintakan dunia dan anggap sebagai keduniaan sahaja tanpa imbangkan akhirat.


 Sesetengahnya menjadi pemimpin yang mana menyerlahkan kepimpinanya dengan bercirikan 6 perkara di atas tanda munafiq,bukan menyerlahkan kebaikan tetapi tersirat dengan wujudnya musibah dan bala yang turun tanpa kita sedari.  maka kita sebagai orang islam perlu memikirkan dan muhasabah diri kita untuk melantik orang memimpin kita dan masyrakat.

"  BAYANGKANLAH BERTAPA HINANYA JIKA TERGOLONG DALAM GOLONGAN MUNAFIQ YANG MANA SEKELILINGNYA DIPENUHI DENGAN KEPURA-PURAAN SERTA AKAN TERIMA BALASAN DI AKHIRAT KELAK AMATLAH BERAT SEKALI "

0 ulasan:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger