Hiburan merupakan kehendak fitrah naluri manusia yang inginkan untuk menghiburkan hati, namun sejauh mana peranan hiburan mendatangkan manfaat untuk taqarrub ( mendekatkan hati ) dengan Allah SWT. Apabila tersalah memilih bentuk hiburan maka ia akan menjurus kepada maksiat. Mari kita sesama menyelami erti kata sebenar tentang hiburan ini.Erti hiburan : - Dalam bahasa arab hiburan ialah AL LAHW iaitu suatu perkara yang melekakan manusia daripada pelbagai gangguan, pemikiran dan masalah yang menganggu tidur ia juga ada hubung kait dengan permainan, berjenaka, bersembang malam, menyanyi dan sebagainya.Hukum Hiburan : -1- Hiburan yang tidak member apa- apa kesan buruk atau baik.Hukumnya makruh = berada...